suria

Gempa Susulan 8.2 Magnitud Berlaku

BANDA ACEH: Indonesia mengeluarkan amaran tsunami terbaru susulan satu lagi gempa bumi 8.2 magnitud melanda barat laut wilayah itu.

Terdahulu, gempa pertama 8.7 magnitud yang melanda Aceh mencetuskan ombak setinggi 80cm tetapi tiada kerosakan dilaporkan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berpusat pada kedalaman 16km di dasar Lautan Hindi, kira-kira 615km dari wilayah Banda Aceh.

Seorang pegawai yang hanya ingin dikenali sebagai Harjadi berkata, amaran tsunami terbaru adalah untuk penduduk di kawasan berhampiran pantai.

Ia termasuk kepulauan Sumatera dan Kepulauan Mentawai.

Artikel Lain