suria

64 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di P.Pinang

GEORGE TOWN: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 64 pendatang tanpa izin dalam pemeriksaan di beberapa kawasan tapak pembinaan di Relau dan Bayan Baru awal hari Rabu.

Operasi pada pukul 3 pagi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (I) negeri Abdul Rahman Hassan itu membabitkan 46 pegawai dan anggota serta dibantu 30 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Abdul Rahman berkata seramai 354 rakyat asing diperiksa dan daripada jumlah itu 64 orang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 21 lelaki Bangladesh, 28 lelaki dan lapan wanita Indonesia serta tujuh lelaki Myanmar termasuk dua kanak-kanak," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata operasi bersepadu yang turut dijalankan di seluruh negara itu dibuat selaras dengan berakhirnya Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

"Kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Tahanan Juru untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain