suria

Usahawan Dirompak RM54,000 Selepas Keluar Dari Bank

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan, telah dirompak RM54,000 beberapa minit selepas mengeluarkan wangnya dari bank oleh empat orang yang bersenjatakan parang.

Insiden itu berlaku tengah hari Isnin, beberapa minit selepas mangsa bersama beberapa orang pekerja asingnya keluar daripada sebuah bank di Taman Sri Muda, di sini.

Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, 20 minit selepas mangsa meninggalkan bank berkenaan, perompak-perompak berkenaan yang menaiki dua buah kereta telah memintas kereta mangsa dan dengan pantas merampas wang yang baru dikeluarkannya itu.

Bagaimanapun katanya, tidak ada siapa pun yang tercedera di dalam kejadian itu.

"Tetapi untuk menghalang mangsa daripada bergerak, mereka (perompak) telah menetak tayar kereta mangsa," katanya lagi.

Artikel Lain