Kerajaan Tak Halang Himpunan Bersih 3.0 - Menteri Dalam Negeri - Semasa | mStar

Kerajaan Tak Halang Himpunan Bersih 3.0 - Menteri Dalam Negeri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menghalang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 kerana menyifatkan ia bukan sebagai isu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan berharap penganjur memastikan perhimpunan itu dilaksanakan dalam suasana aman selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat.

"Kerajaan tidak melihat rancangan Bersih ini sebagai isu keselamatan.

"Bersandarkan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan ini selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang yang telahpun digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

"Sebab itu semua yang terlibat boleh berhimpunan tapi perlu memastikan jangan sampai menjejas dan menyusahkan orang ramai," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan perhimpunan yang membabitkan demonstrasi jalanan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan 'Duduk Bantah' yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Selain itu Hishammuddin berkata beliau berharap penganjur dapat bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan terbabit dapat dilaksanakan dengan baik.

"Saya nak mencadangkan agar penganjur bekerjasama dengan polis untuk menentukan tempat yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu supaya jaminan keselamatan orang ramai dapat diberikan.

"Kita nak beri kebebasan untuk berhimpun tapi janganlah sehingga menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

Artikel Sebelum

Kerajaan Bentang Akta Baru Ganti ISA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain