SKMM, Telco Diminta Cari Kaedah Sekat Khidmat SMS Tidak Diperlukan Pengguna - Rais - Semasa | mStar

SKMM, Telco Diminta Cari Kaedah Sekat Khidmat SMS Tidak Diperlukan Pengguna - Rais

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (Telco) diminta mencari satu kaedah terbaik bagi menangani penyebaran maklumat yang tidak diperlukan kepada pengguna menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kedua-dua pihak itu diberikan masa dua bulan untuk mereka mencari penyelesaian terbaik selain daripada mengenakan tindakan undang-undang.

"Kita tidak mahu pornografi terselindung, permainan terselindung dalam SMS (yang dihantar). Kita telah melihat begitu banyak SMS sedemikian yang tidak sepatutnya dihantar ke telefon kita.

"Kita boleh lakukan ini (ambil tindakan) mengikut undang-undang tetapi kita lebih suka jika Telco dan SKMM buat kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas melancar Kempen Tanda Tangan 10 Juta di sini, Isnin.

Terdahulu, dalam ucapannya Dr Rais mahu Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit) aktif dalam memperjuangkan hak pengguna selain memastikan rakyat mendapat perkhidmatan munasabah dan berpatutan mengikut nilai kos kewangan mereka.

"Telefon itu hak kita dan mesej yang kita terima itu, kita yang menentukan. Tetapi dalam banyak hal (sekarang ini) orang lain yang tentukan (kandungan mesej yang diterima)," katanya.

Sementara itu, Presiden Perbit Mohd Ali Ibrahim berkata penubuhan persatuan itu adalah untuk membolehkan mereka menerima aduan berhubung penggunaan telefon bimbit.

Berikutan itu, persatuan akan membuka kiosk di pusat-pusat beli-belah bagi membolehkan orang ramai membuat aduan berhubung perkhidmatan telefon bimbit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain