suria

Polis Marin Johor Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 14 Pati

JOHOR BAHARU: Polis Marin Johor Wilayah Dua Tampoi berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 14 pendatang tanpa izin Indonesia dalam operasi di Pantai Ladang Kurnia, Kota Tinggi tengah malam Ahad.

Dalam Ops Pensura yang dijalankan kira-kira 12.30 malam itu, seorang tekong berumur 35 tahun dan pembantunya berumur 65 tahun ditahan, kata Komandernya Zainul Abidin Hasan.

"Hasil siasatan awal mendapati 14 pendatang tanpa izin Indonesia di dalam bot berkenaan yang berumur 21 hingga 33 tahun didapati ingin keluar dari Malaysia secara haram," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Sebuah bot dan sebuah enjin sangkut turut dirampas dalam operasi itu, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan pesisir pantai supaya menyalurkan maklumat kepada pasukan itu di talian 07-237 2222 atau 07-237 6122. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain