suria

Pemuda PAS Sertai Himpunan Hijau 3.0

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS akan menyertai Himpunan Hijau 3.0 yang bakal diadakan pada 13 April ini.

Setiausaha Agungnya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sayap parti itu menggesa ahlinya dan golongan muda di negara ini menyertai himpunan bagi membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi (Lynas) di Gebeng, Kuantan. “Kita menggesa para pemuda di negara ini hadir beramai-ramai di peringkat negeri masing-masing pada 13 April ini. “Kebersihan bumi kita perlu dipelihara, kesihatan kita perlu dijaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi turut melahirkan sokongan dan ucapan tahniah kepada penganjur Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau yang telah merancang himpunan besar-besaran di Kuantan, Sabah dan Sarawak.

“Isu Lynas ini sepatutnya menjadi sensitiviti rakyat Malaysia secara keseluruhan dan bukan hanya rakyat Pahang sahaja,” katanya.

Pada 26 Februari lalu, Himpunan Hijau 2.0 diadakan di Gebeng, Kuantan. Ia disertai hampir 5,000 orang termasuk pemimpin kanan parti politik pembangkang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain