suria

Kementerian Pelajaran Akan Siasat Dakwaan Sekolah Tidak Terima Bayaran Yuran

YONG PENG: Kementerian Pelajaran akan menyiasat berhubung dakwaan terhadap beberapa sekolah yang tidak menerima yuran sekolah daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta kepada semua sekolah dan semua yuran sudah dibayar oleh kerajaan.

Dr Wee berkata, beliau menerima aduan daripada segelintir ibu bapa yang diminta untuk membayar yuran sekolah anak-anak mereka sedangkan kerajaan sudah mengumumkan bahawa bayaran itu akan dibiayai oleh kerajaan.

“Kami akan menyiasat tentang perkara ini. Setahu kementerian, kami sudah mengeluarkan wang itu,” katanya selepas membuka Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Yong Peng di sini, Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain