suria

Dua Penunggang Maut Dalam Perlanggaran Motosikal

BUKIT MERTAJAM: Dua penunggang motosikal maut apabila motosikal yang mereka tunggang berlanggar depan Pasar Awam Penanti, di sini, Ahad.

Pegawai Trafik Seberang Perai Tengah ASP S.Manoharan berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 10.10 malam apabila motosikal yang ditunggang Mohd Tarmizi Wahab, 26, masuk ke laluan sebelah dan bertembung dengan motosikal Muhammad Ishaizal Ishak, 24, dari arah bertentangan.

"Semasa kejadian Mohd Tarmizi sedang menunggang motosikal dari arah Kubang Semang menuju Guar Perahu dan dipercayai dia telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhammad Ishaizal," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Kedua-dua lelaki yang berasal dari Penanti dan Mengkuang Titi itu mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Katanya mayat mereka dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain