suria

Amaran NUR Tidak Boleh Segera Diaktifkan Jika Kanak-Kanak Hilang

IPOH: Amaran bagi talian NUR tidak boleh segera diaktifkan apabila seorang kanak-kanak dilaporkan hilang bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terbabit.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, apabila kanak-kanak dilaporkan hilang, sistem tidak boleh segera diaktifkan kerana polis perlu menyiasat sekiranya kanak-kanak tersebut diculik.

"Jika sistem ini tercetus terhadap kanak-kanak yang diculik, kemungkinan akan membahayakan nyawa kanak-kanak itu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kar1sma 1Azam negeri di sini Ahad.

Bagaimanapun, Heng berkata, kementerian itu mengalu-alukan maklum balas mengenai sistem berkenaan untuk ia dapat beroperasi dengan lebih baik.

"Tidak semua kes boleh dikaitkan dengan amaran NUR. Permulaan, kita perlu menentukan keselamatan kanak-kanak itu dan keduanya adalah umur mereka, "katanya, sambil menambah bahawa sistem itu hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Heng diminta mengulas mengenai aduan bahawa amaran NUR tidak segera diaktifkan ekoran beberapa kes kehilangan kanak-kanak baru-baru ini.

Sejak pelaksanaannya, amaran Nur telah dicetuskan sebanyak lima kali.

Daripada lima itu, dua ditemui di Pulau Pinang tahun lalu, seseorang ditemui mati terbakar di Johor pada awal tahun ini.

Dua lagi, yang dilaporkan hilang pada 2010, masih diklasifikasikan sebagai hilang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain