suria

Nik Aziz Keluar Hospital, Kini Berehat Di Rumah

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada Sabtu, dinasihatkan doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Setiausaha Sulit Kanannya Ahmad Shargowi Derahman berkata, Mursyidul Am PAS itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di sini, Ahad, sebaliknya beliau berehat di rumah.

"Tidak ada program rasmi yang membabitkan kehadiran Menteri Besar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz, 81, dirawat di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu sejak Rabu lepas, setelah mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. - BERNAMA

Artikel Lain