PM Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat - Semasa | mStar

PM Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Sabtu bahawa beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bermula Isnin depan.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai Senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes NFCorp yang melibatkan keluarganya.

Najib berkata, semua program yang dilaksanakan oleh Shahrizat di bawah kementeriannya akan diteruskan.

"Saya ingin merasai pengalaman mengurus kementerian itu.

"Shahrizat pula perlu fokus untuk membantu Barisan Nasional menang besar pada pilihan raya akan datang," katanya selepas merasmikan program Kar1sma 1Azam di Dataran Tok Gajah di sini, Sabtu.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sharizat di atas sumbangannya selama ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain