suria

PUSPAL Curiga Kesahihan Dokumen Permohonan KLPAC Untuk Pertunjukan Balet

KUALA LUMPUR: Urusetia PUSPAL (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) dan Cawangan Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia pada Jumaat berkata hasil semakan dokumen yang dikemukakan untuk pertunjukan oleh kumpulan balet dari Singapura mendapati bahawa dokumen tersebut dicurigai kesahihan dan keasliannya.

Dalam satu kenyataan, PUSPAL berkata kecurigaan itu berpunca daripada nombor akuan penerimaan yang dikemukakan oleh KLPac (KL Performing Arts Centre) adalah sama dengan nombor akuan penerimaan yang dikeluarkan dua tahun lalu.

PUSPAL juga mengatakan permohonan hanya dibuat pada tengah hari kelmarin.

Malam tadi jurucakap KLPac berkata pihaknya telah menghantar salinan permohonan permit untuk Singapore Dance Theatre kepada PUSPAL sebagai bukti bahawa dokumen berkenaan telah dikemukakan seawal-awal Mac.

Kontroversi mengenai pertunjukan balet di KLPac tercetus malam tadi apabila PUSPAL dikatakan tidak mengeluarkan permit untuk pertunjukan pada akhir minggu ini walaupun permohonan dibuat awal. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain