Polis Marin Tumpas Sindiket Seludup Diesel Ke Negara Jiran - Semasa | mStar

Polis Marin Tumpas Sindiket Seludup Diesel Ke Negara Jiran

PELABUHAN KLANG: Polis Marin menumpaskan satu sindiket menyeludup diesel ke negara jiran dan merampas hampir 500,000 liter diesel bernilai RM1.4 juta dalam serbuan di Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di sini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superitendan Norzaid Muhammad Said berkata, dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 3 petang Rabu itu, sembilan lelaki terdiri daripada tujuh krew kapal rakyat Myanmar dan dua pemandu lori tempatan berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan.

"Ketika serbuan, sembilan individu sedang memindahkan diesel dari sebuah lori tangki ke sebuah kapal tangki yang berlabuh di jeti berkenaan melalui saluran paip," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan bersama pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor itu, pihak berkuasa mendapati 452,940 liter diesel dipindah ke dalam tangki kapal terbabit.

Sebanyak 13,650 liter diesel masih terkandung dalam lori tangki itu dan tidak sempat dipindahkan ke dalam kapal tangki berkenaan, katanya.

"Berdasarkan siasatan awal, kami percaya minyak diesel subsidi ini cuba dieksport ke negara jiran untuk mendapatkan keuntungan lumayan berikutan harga diesel di negara terbabit mahal," katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, risikan pihaknya mendapati lori tangki seberat lima tan itu membeli minyak diesel dari beberapa stesen minyak di sekitar Klang secara berperingkat sebelum bekalan dipindah ke kapal.

Beliau berkata, kegiatan haram itu dipercayai dijalankan kira-kira setahun lepas namun disedari orang awam yang kemudian membuat laporan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PKR Dakwa PFN Cuba Lupuskan Aset

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Khaled Nordin Perjelas Komen Twitter

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain