Tiada Keterangan Langsung Sosilawati Dan Tiga Yang Lain Dibunuh - Peguam

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di sini pada Rabu dimaklumkan bahawa tiada keterangan langsung bahawa mangsa-mangsa itu dibunuh oleh keempat-empat tertuduh termasuk bekas peguam N.Pathmanabhan.

Peguam Manjeet Singh Dhillon, mewakili Pathmanabhan, dalam hujahnya juga berkata tiada keterangan langsung bahawa keempat-empat tertuduh berada di tempat kejadian pada 30 Ogos, 2010.

Manjeet berkata untuk mengadakan satu kes prima facie untuk mewajarkan pembelaan dibuat, pihak pendakwaaan perlu membuktikan bahawa Sosilawati dan tiga yang lain mati dan dibunuh pada hari itu.

"Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa mereka dibunuh oleh keempat-empat tertuduh dan ini adalah lanjutan daripada niat sama mereka semua," katanya.

Manjit berkata semasa perbicaraan, dalam keterangan ahli kimia, tidak terdapat cap jari atau asid deoksiribonukleik (DNA) mana-mana tertuduh dalam kedua-dua kenderaan dan tiada cap jari tertuduh dalam ladang di mana siasatan ditumpukan.

Beliau berhujah bahawa keempat-empat doktor yang mengambil DNA daripada tulang tidak boleh menentukan sama ada ianya binatang atau manusia dan tiada bukti tulang itu milik siapa.

"Nampaknya serpihan tulang itu terdedah kepada kepanasan. Ini konsisten dengan abu mayat yang mana ia sendiri konsisten dengan tempat penemuan yang dekat dengan tempat (kira-kira 200 meter) di mana abu orang Hindu dibuang ke laut. Kawasan itu tertakluk kepada pergerakan pasang surut dan banjir dari laut," katanya.

Sebelum itu, Manjeet berkata anak guamnya ditangkap pada 11 Sept, 2010, lebih daripada 48 jam selepas mereka yang lain ditangkap.

"Dia (Pathmanabhan) mungkin telah tahu mengenai apa yang telah berlaku di ladang dan khabar angin dan tuduhan bertiup kencang. Dia tidak melarikan diri. Dia mungkin telah berbuat demikian tetapi tidak. Apabila polis datang dia ada di sana dan begitu juga dengan semua fail dan dokumen di pejabatnya. Sudah pasti itu menunjukkan tidak bersalah," katanya.

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R. Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010 dan menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Matan berhujah bahawa terdapat terlalu banyak persoalan dan isu yang tidak berjawab.

"Pihak pendakwaan gagal membuktikan sebarang elemen utama dalam tuduhan terhadap tertuduh ketiga (Matan). Malah pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa Matan telah bertemu dengan mana-mana empat orang itu pada 30 Ogos, 2010, apatah lagi membunuh mereka.

"Ketidakhadiran profil DNA Matan pada mana-mana eksibit yang ditemui oleh polis menimbulkan inferens yang menggalakkan sebagai menyokong beliau tidak bersalah," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Di Rumahnya

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain