Sindiket Proses Dan Edar Dadah Di Muar Tumpas - Semasa | mStar

Sindiket Proses Dan Edar Dadah Di Muar Tumpas

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah di Jalan Bakariah, Muar Jumaat lepas.

Dadah bernilai kira-kira RM500,000 turut dirampas sementara seorang lelaki dan wanita turut ditahan dalam serbuan kira-kira 1.15 pagi itu.

"Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar yang membuat pemeriksaan di rumah itu menemui 1,712.09 gram disyaki serbuk ekstasi, ketamin (54.54 gram), heroin (76.48 gram), syabu (3.44 gram), Eramin 5 (7.5 gram) dan pil Eramin 5 (30 biji)," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Beliau berkata, dadah yang dirampas itu mampu dibekalkan kepada 90,000 orang penagih.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 33 tahun tidak mempunyai rekod jenayah bagaimanapun air kencing mereka positif dadah Meth.

Mereka dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Muar, Ledang dan Jasin di Melaka sejak enam bulan lepas.

Kedua-duanya kini direman sehingga Jumaat ini.

Mohd Mokhtar berkata, turut dirampas ialah pelbagai peralatan memproses dadah serta dua buah kereta. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Zahrain Berkeras Kemuka Usul LGBT

default image

Giliran Idris Jala Pula Jadi Guru

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain