suria

Polis Johor Siasat Akaun Twitter Persenda Tunku Mahkota Johor

JOHOR BAHARU: Polis Johor pada Selasa mengesahkan menerima satu laporan berhubung kewujudan satu akaun di laman sosial Twitter yang mempersenda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata laporan itu diterima pihaknya pada Isnin dan siasatan mengenainya kini dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Laporan itu dibuat oleh peguam Tunku Ismail kira-kira pukul 1.30 petang semalam di Balai Polis Pelangi Indah, di sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan program "High Profile Policing" bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Terminal Larkin Sentral, di sini.

Artikel Lain