Pemuda Mati Ditembak Dalam Kereta Di Rantau Panjang - Semasa | mStar

Pemuda Mati Ditembak Dalam Kereta Di Rantau Panjang

PASIR MAS: Seorang pemuda mati manakala rakannya cedera di tangan apabila seorang penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta yang mereka naiki di Rantau Panjang dekat sini, Selasa.

Ketika kejadian pada pukul 11.15 pagi itu, Mohamad Nazuri Mohd Zain, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Lemal, di sini menaiki kereta yang dipandu rakannya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, ditembak penunggang motosikal berkenaan semasa kereta itu melalui Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Rantau Panjang.

"Rakan mangsa kemudian memecut kereta ke pekan Rantau Panjang dan berhenti di hadapan gerai mee milik ibu mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua tembakan mengenai mangsa, satu di bahagian rahang kiri dan satu di bahagian dada sebelah kiri," katanya dalam SMS kepada Bernama di sini, Selasa.

Jalaluddin berkata rakan mangsa yang cedera ringan di tangan kiri turut ditahan untuk siasatan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kakak Mohamad Nazuri, Sahera, 29, berkata beliau tidak menyangka individu yang terbaring dan berlumuran darah di dalam kereta di depan kedai ibunya adalah adiknya.

"Saya melihat kereta Proton Wira di depan kedai emak dan ingatkan kereta pelanggan yang ingin membeli beras, saya hampiri dan melihat seorang lelaki berlumuran darah di kerusi depan dalam keadaan terbaring.

"Selepas saya melihat mayat itu dengan teliti, baru saya dapat cam ia adalah adik saya...saya segera meminta ayah menghubungi polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain