suria

Dewan Rakyat Tidak Bersidang 11 Dan 12 April

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 11 dan 12 April sempena istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, dewan akan kembali bersidang dari 16 hingga 19 April bagi membolehkan rang undang-undang dibahas dan diluluskan.

"Kerajaan memutuskan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditambah empat hari pada 16 hingga 19 April 2012," katanya di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Ini selaras dengan peraturan mesyuarat 11(2) peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat, kata Pandikar Amin. - BERNAMA

Artikel Lain