suria

Warga Asing Ditemui Mati Di Taman Tasik Titiwangsa Dengan Kesan Tembakan Di Dada

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki warga asing dengan kesan tembakan di dada ditemui di dalam sebuah kereta Proton Waja di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata mayat itu dijumpai seorang pengunjung di kawasan pakir kereta kira-kira 5 petang tadi sebelum memaklumkannya kepada polis.

"Mayat tersebut berada di tempat duduk sebelah pemandu. Kita masih menyiasat motif pembunuhan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Artikel Lain