suria

Mayat Anak Kapal Bot Tunda Yang Karam Ditemui

JOHOR BAHARU: Mayat anak kapal bot tunda yang karam di barat laut Tanjung Kapal, Pengerang dekat Kota Tinggi dua hari lepas, ditemui pada Isnin.

Mayat Syed Mohd Yazid, 20, ditemui oleh seorang nelayan kira-kira 0.5 batu nautika dari Tanjung Ayam, Pengerang kira-kira 1 petang tadi.

"Penemuan mayat oleh nelayan dari Sungai Rengit itu dimaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat sebelum diserahkan kepada APMM dan pasukan Bomba dan Penyelamat untuk dibawa ke Sungai Kapal," kata Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan dalam satu kenyataan, Isnin.

Mayat disahkan keluarganya sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Bot Marine 24 yang dinaiki Syed Mohd Yazid bersama keptennya yang dikenali sebagai Zainal Abidin, 30-an dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran, namun kaptennya dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai. - BERNAMA

Artikel Lain