suria

Lebih 20 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Perlis

KANGAR: Lebih 20 buah rumah rosak dilanda ribut dalam kejadian di beberapa kawasan di Perlis, Isnin.

Kejadian berlaku pada kira-kira 3 petang, dan antara kawasan yang terlibat ialah Simpang Empat, Bintong serta Tambun Tulang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis berkata pihaknya masih menjalankan bancian bagi mengenal pasti jumlah sebenar dan nilai kerosakan rumah yang terbabit namun kebanyakannya rosak pada bahagian bumbung.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis dan Jabatan Kerja Raya turut bertungkus-lumus membersihkan pokok yang tumbang dalam kejadian itu.

Kejadian ribut ini yang kedua melanda Perlis dalam tempoh seminggu, dan pada 25 serta 26 Mac lepas, lebih 150 rumah rosak, terutama pada bahagian bumbung. - BERNAMA

Artikel Lain