suria

Jumlah Kes Baru HFMD Terus Berkurangan

KUCHING: Jumlah kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dilaporkan di Sarawak menurun kepada 30 hari ini daripada 45 semalam, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zulkifli Jantan.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, beliau berkata penurunan itu dicatatkan di Kuching, dengan 10 kes, Samarahan (lima), Sarikei (dua), Limbang (satu), manakala tiada kes baru dilaporkan di Betong, Sibu, Miri dan Mukah.

Jumlah kes yang dilaporkan setakat ini ialah 4,090, dengan Bahagian Kuching mempunyai jumlah tertinggi iaitu 1,485, diikuti Bintulu (481), Samarahan (461), Miri (306), Limbang (285), Sarikei (239), Betong (218), Sibu (172), Sri Aman (170), Kapit (143) dan Mukah (130).

Tiada kematian akibat penyakit itu dilaporkan di Sarawak setakat ini.

Dr Zulkifli menasihati ibu bapa dan penjaga agar tidak membawa kanak-kanak ke tempat tumpuan ramai seperti kolam renang, padang permainan dan kompleks beli-belah. - BERNAMA

Artikel Lain