suria

Firefly Tangguh Penerbangan Ke Hatyai Susulan Kejadian Letupan Bom

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, menangguhkan permulaan laluan terbarunya antara Subang dan Haadyai berikutan kejadian letupan bom di Yala dan Songkhla pada Sabtu.

Ketua Pegawai Operasinya Ignatius Ong Ming Choy berkata penerbangan itu pada asalnya dijadualkan bermula pada 2 Mei tetapi syarikat penerbangan itu memutuskan untuk menangguhkan perkhidmatan bagi tempoh yang belum ditentukan lagi.

"Keselamatan penumpang menjadi keutamaan penting syarikat. Kami akan menangguhkan penerbangan sehingga kami merasakan selamat untuk terbang," katanya dalam satu kenyataan.

Ong berkata syarikat akan membuat pengumuman mengenai tarikh baru itu apabila situasi di Haadyai kembali normal.

Penumpang yang telah membeli tiket ke Haadyai dengan Firefly atau pakej pelancongan ke Haadyai daripada Firefly Holiday diminta menghubungi pusat panggilan Firefly di talian 603 - 7845 4543.

Artikel Lain