suria

Cadangan Potongan Gaji Penjawat Awam Melalui Bank Komersial Masih Di Peringkat Perbincangan

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk pemberian kemudahan kod pemotongan gaji penjawat awam kepada bank-bank komersial dan institusi kewangan masih lagi dalam peringkat perbincangan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mengalu-alukan maklum balas dari semua pihak sebelum kaedah itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Kerajaan menimbang ke atas pihak yang terlibat, terutamanya implikasi dan kesan kewangan yang mungkin timbul sekiranya ia dilaksanakan.

"Justeru itu, pelaksanaannya akan dibuat apabila kerajaan berpuas hati ia diterima baik oleh semua pihak," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah).

Ahmad ingin tahu mengenai dasar baru Jabatan Akauntan Negara yang mencadangkan pemberian kemudahan kod potongan gaji kakitangan kerajaan kepada bank-bank komersial dan institusi kewangan. - BERNAMA

Artikel Lain