suria

Najib Tiba Di Nanning

NANNING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini awal hari Ahad untuk lawtan kerja sehari sebelum menyertai rakan sejawatannya Wen Jiabao untuk majlis pecah tanah Taman Perindustrian Qinzhou (QIP), kira-kira 150km, dari sini.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Nanning pada pukul 1 pagi ini dan disambut oleh Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin dan beberapa pegawai.

Taman QIP merupakan usaha sama antara konsortium syarikat Malaysia dan sebuah firma China, bagi membangunkan sebuah kawasan seluas 55 kilometer persegi, terletak di sepanjang pantai di selatan wilayah Guangxi, berdepan dengan Teluk Beibu dan sempadan Vietnam di barat daya.

Ketika di sini, Najib akan menerima kunjungan Setiausaha Parti Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Guo Shengkun dan Gabenor Ma Biao.

Najib juga akan mengadakan perbincangan dengan Jiabao serta menyaksikan majlis memeterai perjanjian usaha sama projek QIP sebelum ke tapak projek itu bagi majlis pelancaran rasmi.

Perdana Menteri dan isteri dijangka pulang ke tanahair pada pukul 7.30 malam. - BERNAMA

Artikel Lain