suria

45 Kes Baru HFMD Dilapor Setakat Tengah Malam Tadi

KUCHING: Sebanyak 45 kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh Sarawak setakat tengah malam tadi, manakala 74 sekolah dan tadika masih ditutup setakat ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri, Kuching mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 21 kes, Miri (8), Limbang (6), Sarikei dan Sibu masing-masing empat manakala Betong dan Bintulu masing-masing satu kes.

Dengan kes terbaharu itu jumlah kes terkumpul setakat ini ialah sebanyak 4,060 kes.

Sebanyak 68 sekolah dan tadika yang telahpun diarah tutup setakat ini dan enam lagi sekolah dan tadika ditutup secara sukarela. - BERNAMA

Artikel Lain