suria

Perdana Menteri Berlepas Ke China Untuk Lawatan Kerja Sehari

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke China pad Sabtu untuk lawatan kerja sehari.

Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri berlepas kira-kira pukul 9.55 malam dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semasa di China, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Wen Jiabao dan bersama-sama melancarkan Taman Perindustrian Qinzhou (QIP), satu projek usahasama Malaysia-China di kawasan pantai wilayah Guangxi.

Selain itu, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Qinzhou Development (Malaysia) Consortium Sdn Bhd dan Qinzhou Jingu Investment Co. Ltd. -BERNAMA

Artikel Lain