suria

Lebuhraya EDL Dibuka Kepada Trafik Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor Baharu, Johor akan dibuka kepada lalu lintas mulai tengah malam ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Ismail Mohd Salleh berkata pembukaan dari persimpangan bertingkat di Jalan Pandan ke Bangunan Sultan Iskandar itu akan memendekkan masa perjalanan kepada 10 minit berbanding 45 minit sebelum ini.

Lebuhraya sepanjang 8.1 kilometer itu juga menyediakan akses secara terus dari Lebuhraya Utara Selatan ke bangunan tersebut, katanya dalam satu kenyataan, di sini, Sabtu.

Ismail berkata kerajaan sedang memuktamadkan kadar bayaran yang akan dikenakan kepada pengguna EDL.

Pembukaan EDL itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Pandan dan Jalan Tebrau. -BERNAMA

Artikel Lain