suria

GSC Beri 25,000 Tiket Filem '2.50' Percuma Pada Ahad

b>KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) akan memberi 25,000 tiket wayang percuma di 23 pawagam GSC di seluruh negara untuk tayangan filem 2.50 petang Ahad ini sebagai sebahagian dari sambutan ulang tahun ke-25 atau jubli peraknya.

Pengurus Besar GSC Irving Chee berkata GSC akan memperuntukkan 121 dewan untuk 25,000 tempat duduk, yang bersamaan dengan kira-kira 68 peratus daripada keseluruhan tempat duduk GSC di seluruh negara. GSC mempunyai 197 skrin di 24 lokasi di seluruh negara.

Orang ramai boleh melihat senarai pawagam yang mengambil bahagian dalam akhbar terpilih dan boleh menebus tiket percuma mulai 10 pagi pada Ahad.

Sebagai pilihan, kupon menebus semula tiket percuma boleh dicetak melalui laman web GSC (www.gsc.com.my) atau Facebook GSC (www.facebook.com/GSCinemas).

Setiap kupon tebus semula atau iklan boleh digunakan bagi mendapatkan semula dua tiket setiap satu untuk tayangan yang sama.

Setiap orang dihadkan maksimum empat tiket di kaunter-kaunter tiket GSC, berdasarkan siapa cepat dia dapat. - BERNAMA

Artikel Lain