suria

AM Bank Lantik Ashok Ramamurthy Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR: Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim hari ini mengumumkan pelantikan Ashok Ramamurthy sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharu bank itu.

Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, Mr. Ramamurthy akan dilantik ke Lembaga Pengarah AMMB Holdings Bhd, kata Azman dalam satu kenyataan, Jumaat.

"Ramamurthy akan terus menjadi ahli Lembaga anak-anak syarikat utama AmBank Group termasuk AmBank (M) Bhd, AmInvestment Bank Bhd, AmIslamic Bank Bhd dan AmInvestment Management Sdn Bhd.

"Selain itu, beliau akan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AmBank (M) Bhd, dan akan dilantik ke Lembaga Pengarah anak syarikat utama lain termasuk syarikat-syarikat insurans," katanya.

Ramamurthy menyertai AmBank Group pada 2007 sebagai wakil ANZ, memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan dan pada Oktober 2008, beliau menyandang dua jawatan sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan.

Beliau akan secara rasmi meletak jawatan sebagai wakil kanan ANZ susulan pelantikan ini, kata Azman. - BERNAMA

Artikel Lain