SPR Harap Negeri Pembangkang Adakan Pilihan Raya DUN Serentak Dengan Pilihan Raya Umum - Semasa | mStar

SPR Harap Negeri Pembangkang Adakan Pilihan Raya DUN Serentak Dengan Pilihan Raya Umum

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri yang diperintah pembangkang akan turut mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata langkah itu akan dapat menjimatkan kos dan tenaga kerja.

"Saya harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak," katanya pada temubual "Program Inovasi Perkhidmatan Awam" di stesen radio KL.fm di Angkasapuri di sini, Khamis.

Pada Rabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata pemimpin mereka masih gagal mencapai kata sepakat sama ada akan mengadakan pilihan raya DUN Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan serentak dengan kerajaan persekutuan.

Sehingga Februari lepas, terdapat 12.6 juta pengundi berdaftar di negara ini, manakala hampir tiga juta individu yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Abdul Aziz berkata Kuala Lumpur mempunyai jumlah paling tinggi individu yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi iaitu 33 peratus daripada hampir 1.1 juta penduduk yang layak mengundi.

"SPR tidak puas hati dengan keadaan ini. Kadar ini adalah jauh lebih tinggi daripada peringkat negara iaitu puratanya 19 peratus," katanya.

Ketika ditemui wartawan, pengerusi SPR itu berkata peningkatan mendadak pengundi berdaftar kebelakangan ini adalah trend biasa yang dapat dilihat pada waktu-waktu hampir dengan pilihan raya.

Beliau berkata sejak dua tahun kebelakangan, jumlah yang mendaftar sebagai pengundi ialah antara 250,000 dan 300,000 orang pada setiap suku tahun berbanding hanya 5,000 hingga 8,000 orang sebelum itu.

Abdul Aziz berkata SPR juga akan memulakan proses persempadanan semula kawasan dan membetulkan kesalahan pada lokaliti pengundi selepas pilihan raya umum nanti.

Proses persempadanan perlu dilakukan setiap lapan tahun dan kali terakhir ia dibuat ialah pada 2003. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain