suria

Siasatan Kes Remaja Perempuan Ditemui Di Thailand Selesai

SHAH ALAM: Kes remaja perempuan yang ditemui di Thailand dan mendakwa kononnya diculik telah selesai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supritenden Mazlan Othman berkata siasatan kes itu telah selesai dan polis kini menunggu maklum balas dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

"Kami telah serahkan remaja perempuan itu kepada ibunya dan kesemua lima remaja Myanmar kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Mereka telah menerimanya dan semua sudah selesai," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Sukan Polis Selangor di Mes Pegawai Kanan IbuPejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Jumaat.

Remaja perempuan dan lima remaja Myanmar berusia antara 14 dan 17 tahun itu diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac lepas. - BERNAMA

Artikel Lain