suria

Lelaki Warga Pakistan Didakwa Menipu Guna Kad Kredit Orang Lain

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu menggunakan kad kredit orang lain untuk membeli sebuah komputer riba, dua minggu lepas.

Adil Shabbir, 28, seorang jurujual, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menipu Chin Khai Loon, 32, dengan memperdayanya sehingga mempercayai Adil menggunakan kad kredit miliknya untuk membeli komputer riba itu.

Dia yang berkahwin dengan wanita warga tempatan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Adil didakwa cuba menipu Chin dengan memperdayanya sehingga mempercayai Adil menggunakan kad kredit miliknya untuk membeli komputer riba itu.

Sementara bagi pertuduhan ketiga pula lelaki itu telah dengan curang menyalahgunakan kad kredit milik Sherly Chan Boon Choo dengan menggunakan kad kredit itu untuk kegunaan sendiri. - BERNAMA

Artikel Lain