suria

KDN Bentang Akta Baru Perluas Peranan Rela

ALOR SETAR: Satu akta baru akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang bagi memperluaskan peranan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata kementerian itu masih dalam proses perbincangan dengan Peguam Negara berhubung undang-undang baru itu.

Keanggotaan Rela wujud di bawah Ordinan Darurat tetapi ordinan ini telah dimansuhkan pada sesi persidangan Parlimen Disember tahun lalu, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Rela Daerah Kota Setar di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis.

Lee berkata sehingga kini jumlah keanggotaan Rela di seluruh negara hampir tiga juta orang tetapi penglibatan masyarakat bukan Melayu kurang daripada 30 peratus.

Beliau berkata kementerian menggalakkan masyarakat bukan Melayu menyertai Rela supaya keanggotaan Rela di negara ini dapat menggambarkan populasi 1Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain