Edar Dadah: Dua Wanita Myanmar, Dua Warga Tempatan Dihukum Gantung

KUALA LUMPUR: Dua wanita Myanmar dan dua warga tempatan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan berkata kesemua tertuduh telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

"Pembelaan mereka tidak logik dan sukar dipercayai, lagipun tiada alasan untuk tidak mempercayai kredibiliti saksi-saksi pendakwaan terutamanya anggota dan pegawai polis yang memberi keterangan dalam kes ini," jelas Ghazali.

Sebaik sahaja hukuman dijatuhkan Ambiya Mohamad, 40, Arafah Abu, 30, Lim Siau Seng, 32 dan K. Vigneswaran, 27, menitiskan air mata dan memeluk ahli keluarga masing-masing yang cuba menenangkan mereka.

Mereka didakwa mengedar dadah seberat 212 gram, terdiri daripada 162.3 gram heroin dan 50.3 gram monoacetylmorphines.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di kawasan letak kereta, Jalan Manis 6, hadapan Maybank, Taman Segar, Cheras, lebih kurang 6.05 petang pada 3 April 2009.

Peguam Datuk P.M. Nagarajan mewakili Ambiya dan Arafah, sementara peguam Rajpal Singh mewakili Lim dan Vigneswaran. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib. - BERNAMA

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain