Rebet Elektrik RM20 Ke Bawah Dilanjutkan Hingga Akhir Tahun - Semasa | mStar

Rebet Elektrik RM20 Ke Bawah Dilanjutkan Hingga Akhir Tahun

PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Rabu.

Beliau berkata 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.

"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.

"Kerajaan telah membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini.

Chin berkata kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain