suria

Kelantan Benarkan Hiburan Tak Langgar Syariat Islam - Nik Aziz

PASIR PUTEH: Kerajaan PAS Kelantan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengadakan pesta hiburan asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Islam membenar umatnya mencari hiburan kerana ia selaras dengan fitrah manusia yang suka berhibur. "Apa yang penting pengisian itu tidak melanggar syariat yang digariskan oleh Islam," katanya ketika berucap pada majlis Pesta Air Tok Bali di sini, Khamis.

Pesta itu dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Ia turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan lebih 1,000 penduduk Pasir Puteh.

Nik Aziz berkata kerajaan negeri sebelum ini membenarkan pelbagai pihak termasuk artis terkenal tanah air serta stesen televisyen mengadakan persembahan dan mempromosikan program mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain