suria

Dua Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Diberkas

KUANTAN: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah diberkas polis dalam satu sekatan jalan raya di Km145, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki kedua-dua lelaki berumur 29 dan 35 tahun itu, polis menemui dadah jenis ketamin seberat 100.1 gram bernilai RM1,800.

Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah, katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain