suria

Dr Muthiah Alagappa Penyandang Pertama Kursi Tun Hussein Onn

KUALA LUMPUR: Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) melantik cendekiawan dan penulis Datuk Dr Muthiah Alagappa sebagai penyandang pertama Kursi Tun Hussein Onn.

Dalam kenyataan pada Rabu, ISIS berkata pelantikan Dr Muthiah adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Jan 2012.

Beliau adalah cendekiawan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan pernah menyandang jawatan kanan dalam kumpulan pemikir serta institusi penyelidikan di di Amerika.

Dr Muthiah, yang telah mengarang pelbagai buku berpengaruh, juga pernah menyandang jawatan profesor pelawat di beberapa universiti terkemuka Stanford.

Kursi berkenaan, yang diwujudkan bagi menghargai sumbangan Tun Hussein dalam pembentukan dasar luar Malaysia, bermatlamat memajukan dan meneruskan inisiatif berwawasan jauh bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

ISIS berkata penubuhan Kursi itu juga akan memberi sumbangan positif ke arah kemajuan kajian antarabansga di negara ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain