Tiga Termasuk Seorang Pelancong Asing Lemas Di Pulau Perhentian - Semasa | mStar

Tiga Termasuk Seorang Pelancong Asing Lemas Di Pulau Perhentian

BESUT: Tiga termasuk seorang pelancong asing lemas ketika sedang mandi sambil bermain ombak besar di perairan Pulau Perhentian Besar dekat kawasan Long Beach di sini Rabu.

Dua daripada mayat mangsa yang merupakan pelancong tempatan kemudian ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar pukul 3 petang, sementara warga asing tersebut belum ditemui.

Identiti ketiga-tiga mangsa belum diketahui.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas ketika sedang bermain dengan ombak bersama beberapa rakan lain di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 1 petang.

"Mengikut laporan daripada penduduk kampung yang saya terima, sebelum kejadian terdapat kira-kira 10 lelaki termasuk tiga mangsa lemas berkenaan bermain dengan ombak laut setinggi kira-kira dua meter di situ.

"Ketika sedang asyik bermain, salah seorang daripada pelancong tempatan itu lemas dibawa ombak sebelum dituruti oleh seorang lagi rakan tempatannya beberapa minit kemudian," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, apabila melihat kedua-dua pelancong tempatan itu lemas, seorang pelancong asing yang berada dalam kumpulan lelaki itu cuba membantu tetapi beliau juga gagal menyelamatkan diri dan tenggelam dibawa ombak.

Katanya sehingga pukul 4 petang tadi, dua mayat pelancong tempatan telah ditemui berdekatan kawasan kejadian sementara mayat pelancong asing itu masih tidak ditemui setakat jam 8 malam ini.

Dua mayat itu telah dihantar ke Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 7.20 petang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad, 43, berkata penduduk tempatan telah melarang kumpulan lelaki berkenaan daripada bermain dengan ombak ketika kejadian.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu tidak mengendahkan larangan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain