Kertas Siasatan Kes Remaja Rancang Culik Dihantar Ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya - Semasa | mStar

Kertas Siasatan Kes Remaja Rancang Culik Dihantar Ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya

SHAH ALAM: Kertas siasatan berhubung kes remaja perempuan yang merancang penculikan sendiri ke Thailand sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata proses siasatan telah selesai selepas kesemua lima remaja Myanmar, yang ditemui bersama remaja perempuan tempatan itu, diserahkan kepada wakil dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Kesemua remaja Myanmar itu disahkan berdaftar dengan UNHCR dan memegang kad perakuan yang sah. Mereka diserahkan kepada wakil suruhanjaya itu kira-kira 2 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau turut mengesahkan remaja perempuan berusia 14 tahun itu telah diserahkan kepada keluarganya di Seksyen 8 di sini kira-kira 8.30 malam semalam sebaik keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Remaja perempuan itu dan lima remaja Myanmar berusia antara 14 dan 17 tahun itu diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac lepas, setelah mendakwa diculik ke negara jiran itu.

Sementara itu, ibu remaja perempuan itu Norazura Roski, 37, berkata anaknya kini ditempatkan di sebuah lokasi lain selepas diserahkan polis pada Isnin.

"Saya tidak mahu komen, anak saya selamat dan tolong jangan besar-besarkan cerita ini dan saya tidak mahu media datang rumah saya dan ganggu kami," katanya ketika dihubungi di sini.

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata remaja perempuan terbabit bukannya diculik sebaliknya merupakan perancang utama kejadian itu.

Remaja perempuan itu dilaporkan hilang pada 30 Januari lepas tetapi menghubungi ibunya pada 12 Mac lepas untuk memaklumkan dia berada di Thailand selepas diculik sekumpulan lelaki di stesen bas di Seksyen 9 di sini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain