Saman Fitnah Syarikat Jualan Langsung Terhadap Kayveas Ditolak - Semasa | mStar

Saman Fitnah Syarikat Jualan Langsung Terhadap Kayveas Ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak saman RM20 juta oleh sebuah syarikat jualan langsung terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M Keyveas dan tiga lagi berhubung penyiaran sebuah artikel yang didakwa berunsur fitnah. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas memutuskan Keyveas berhak memberi kenyataan akhbar berkaitan syarikat Melilea (M) Sdn Bhd berdasarkan aduan yang diterima untuk pengetahuan umum. Rosilah menolak saman syarikat yang popular dengan produk kesihatan organik itu dengan kos.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), bekas ketua pengarang kumpulan NSTP Datuk Kalimullah Masheerul Hassan dan penulis artikel Jad Mahidin.

Bagaimanapun, Melilea berjaya mendapatkan penghakiman terhadap seorang pengedar produk, Ong Kean Swan yang dinamakan sebagai defendan ketujuh, serta penghakiman ingkar terhadap dua pengedar lain iaitu Chong Kok Liong (defendan kelima) dan Yoon Peik Chin (defendan keenam).

Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Al-Saifi Hashim, yang mewakili Kayveas, memberitahu pemberita bahawa perintah terhadap ketiga-tiga defendan dibuat pada prosiding sebelum ini, dan Melilea memperoleh penghakiman terhadap Ong setelah beliau tidak hadir ketika perbicaraan manakala dua lagi tidak memfailkan pembelaan.

Pada 19 Oktober 2007, Melilea memfailkan saman itu, yang mendakwa NSTP, Kalimullah dan Jad mengeluarkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Not so healthy, not so direct?' dalam akhbar Sunday Mail manakala Chong berniat jahat ketika membuat kenyataan sehingga ia disiarkan pada 20 Mac 2005.

Kayveas pula didakwa membuat kenyataan fitnah sehari selepas itu menerusi artikel yang disiarkan dalam akhbar The Malay Mail bertajuk 'Organic health product direct selling-freeze on licence'.

Selain ganti rugi RM20 juta, Melilea memohon injunksi bagi menghalang semua defendan menerbit dan mencetak artikel fitnah terhadap mereka.

Dalam pembelaannya, Keyveas menafikan dakwaan syarikat itu dan menegaskan perkataan yang ditulis dalam artikel tersebut tidak memfitnah plaintif.

Sepanjang perbicaraan, syarikat jualan langsung itu memanggil seorang saksi manakala defendan mengemukakan tiga saksi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'SPM Bukan Tiket Ke Universiti'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain