suria

MBSB Nafi Teroka Pasaran Hartanah Di London

KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menafikan laporan akhbar Berita Harian yang menyebut syarikat berkenaan sedang mengintai peluang pasaran hartanah di London.

Dalam satu kenyataannya pada Selasa, MBSB menafikan laporan berita bertajuk "MBSB Intai Peluang Teroka Pasaran Hartanah di London" yang dimuatkan dalam ruangan Ekonomi akhbar berkenaan.

"MBSB tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan ingin memaklumkan bahawa syarikat ini tidak mempunyai perancangan untuk melebarkan sayap perniagaannya ke luar negara," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain