suria

Kes HFMD Di Sarawak Meningkat Kepada 3,737

KUCHING: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak meningkat kepada 3,737 pada Selasa apabila 89 kes baru dilaporkan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zulkifli Jantan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata jumlah kes baru meningkat secara mendadak berbanding hanya 49 semalam, dengan Kuching terus mencatat jumlah terbanyak iaitu 43, diikuti Samarahan (lapan), Limbang (enam), Bintulu dan Sri Aman (msing-masing lima), Miri, Betong, Sibu dan Mukah (masing-masing empat), Sarikei dan Kapit (tiga setiap satu).

Secara keseluruhan, 1,349 kes di laporkan di Kuching, Bintulu (441), Samarahan (439), Miri (278), Limbang (251), Betong (202), Sarikei (200), Sibu (166), Sri Aman (157), Kapit (136) dan Mukah (118).

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu sekarang ialah 292, termasuk sembilan hari ini.

Keadaan mereka bagaimanpun, tidak serius, kata Dr Zulkifli. -BERNAMA

Artikel Lain