suria

Bekas Pelajar IPT Dihukum Penjara 21 Tahun & 11 Sebatan

GEORGE TOWN: Seorang bekas pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dihukum penjara 21 tahun dan 11 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan melakukan seks luar tabii dengan dua budak lelaki di antara Oktober 2010 dan Mac 2011.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh Muhammad Mustakim Mohamad menukar pengakuan kepada mengaku bersalah ketika pendakwaan dilakukan terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama, Muhammad Mustakim telah memaksa budak lelaki berusia 14 tahun supaya meletakkan zakarnya ke dalam mulut tertuduh pada 30 Mac 2010, pukul 5.30 petang, tuduhan kedua, tertuduh memaksa budak lelaki itu melakukan perkara yang sama pada 7.15 petang, 13 Mac 2011.

Tuduhan ketiga pula tertuduh telah memaksa budak lelaki itu meletakkan zakarnya ke dalam dubur tertuduh pada 9.15 pagi 19 Mac, 2011, tuduhan keempat dan kelima tertuduh didakwa merangsang budak lelaki berusia sembilan tahun melakukan perbuatan tidak senonoh pada 11 malam 15 Okt 2010 dan 3 petang pada 16 Mac 2011.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Gambir, Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini.

Bagi tuduhan pertama hingga tuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa di bawah Seksyen 337(B) Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks luar tabiee secara sukarela yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, manakala bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 337e Kanun Keseksaan kerana cubaan mencabul mangsa yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sitarun kemudiannya memutuskan supaya tertuduh dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga, manakala tiga tahun penjara dan satu sebatan untuk setiap kesalahan bagi pertuduhan keempat dan kelima.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula, Isnin.

Tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail. - BERNAMA

Artikel Lain