suria

Pembangkang Cadang Tubuh Jawatankuasa Tetap Parlimen Selesai Isu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen yang dianggotai pihak berkepentingan termasuk pembangkang bagi mengkaji mengenai penambahbaikan perkhidmatan awam di negara ini.

Menurut beliau menerusi jawatankuasa tersebut, semua pihak berupaya menyalurkan cadangan dan pandangan masing-masing bagi memastikan penambahbaikan yang komprehensif dan menyeluruh dapat dilaksanakan.

"Kami menyarankan penubuhan jawatankuasa ini yang turut dianggotai pembangkang agar dapat memberi cadangan-cadangan membina bagi perkhidmatan awam yang merupakan salah satu tunjang pembangunan negara," katanya di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Malah Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pakatan pembangkang menyokong penuh gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perlhidmatan Awam (Cuepacs) agar mereka dijadikan salah satu pihak berkepentingan dalam isu penambahbaikan sistem Skim Saraan Malaysia (SSM).

"Penyertaan Cuepacs penting agar kerajaan tidak lagi melakukan tindakan bersifat tidak adil seperti skim SBPA (Skim Baru Perlkhidmatan Awam)," katanya.

Artikel Lain