suria

Mahkamah: Pemandu Bas Didakwa Sebabkan Kematian Anggota Polis Trafik

JOHOR BARU: Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas dakwaan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis trafik, Khamis lepas.

Wong Lin Chan, 49, didakwa memandu dengan cara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian Ismayuddin Ismail, 50, di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, di sini, kira-kira pukul 11.35 malam, 22 Mac lepas.

Wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 serta lesen memandunya boleh digantung, jika sabit kesalahan.

Majistret Maslinda Selamat membenarkan Wong diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung serta merta.

Beliau turut menetapkan 24 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran manakala Wong tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Artikel Lain