Dua Anggota Kastam Cedera Ringan Kenderaan Dilanggar Anggota Sindiket - Semasa | mStar

Dua Anggota Kastam Cedera Ringan Kenderaan Dilanggar Anggota Sindiket

JOHOR BAHARU: Dua anggota penguatkuasa Kastam Diraja Malaysia cedera ringan apabila kenderaan jabatan yang mereka naiki dilanggar anggota sindiket penyeludupan Rabu lalu.

Pengarah Kastam Johor Datuk Ramli Johari berkata kejadian berlaku pada 8.45 malam apabila sepasukan penguatkuasa tersebut mengejar dan berjaya menahan sebuah lori jenis Hino di km 24 Lebuhraya Pasir Gudang di sini. "Kereta jabatan kita jenis Toyota Fortuner mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan dan belakang kerana dilanggar oleh beberapa kereta yang dipercayai milik tonto yang mengiringi lori tersebut," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ramli berkata 15 kenderaan tonto termasuk sebuah MPV dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku semasa lalu lintas sedang sesak.

Menurut beliau, pemandu lori tersebut menggunakan kesempatan daripada kesesakan lalu lintas itu untuk meninggalkan lorinya dan melarikan diri.

Pemeriksaan ke atas lori itu mendapati ia membawa rokok kretek jenama Sari Toga, rokok putih jenama Capital serta bir jenama Tiger dan Malaki yang ditaksirkan bernilai RM223,528 dengan cukai bernilai lebih RM1.91 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana secara sedar terlibat dalam mengangkut barang larangan import dengan niat bagi mengelak larangan itu.

Larangan itu termaktub di bawah butiran 1 (rokok) dan butiran 6 (bir), Bahagian II Perintah Kastam 2008 di mana pengimportan barangan itu memerlukan lesen di bawah Peraturan 18, Peraturan Kastam 1977.

Kesalahan di bawah seksyen itu membawa hukuman denda maksimum sehingga 20 kali nilai atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ramli berkata, berikutan kejadian langgar itu pihaknya menimbang untuk menambah jumlah anggota penguatkuasa dan kenderaan semasa melakukan operasi bagi menjamin keselamatan anggota. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain