suria

Bayaran RM3,000 Seorang Kepada 51,000 Polis Semasa Darurat

KAMPAR: Kementerian Dalam Negeri membayar sebanyak RM3,000 seorang kepada kira-kira 51,000 anggota polis yang berkhidmat semasa darurat, kata menterinya, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata, bayaran tersebut merupakan penghargaan kepada sumbangan pegawai polis yang menentang komunis ketika itu.

“Kira-kira 13,000 individu telah menerima bayaran berkenaan sejak penyampaian yang pertama dilakukan pada 31 Januari,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek kepada seramai 405 penerima di sini.

Beliau berkata, 40,000 cek telah diserahkan menerusi ibu pejabat polis sementara 11,000 lagi sedang diproses.

Lee yang merupakan Ahli Parlimen Kampar berkata, 72,000 individu itu dari seluruh negara layak menerima bayaran tersebut.

“Mereka boleh menghantar borang permohonan kepada ibu pejabat polis daerah,” katanya.

Artikel Lain